
Ekonomi
Kegiatan ekonomi penduduk kampung kilim lebih tertumpu kepada aktiviti pelancongan. Sejak diiktiraf sebagai kilim geoforest park pada tahun 2007, sektor pelancongan mendapat sambutan yang tinggi dengan tertubuhnya Koperasi Komuniti Kampung Kilim. Walau bagaimanapun, aktiviti pertanian seperti penanaman sawah padi, ladang getah, dan aktiviti memancing ikan di kawasan paya masih diteruskan sebagai kegiatan sampingan dan tradisional di kampung kilim.
Hal ini dapat membantu menjana pendapatan penduduk kampung. Hasil penyelidikan mendapati, rata-rata penduduk kampung tidak keluar dari kampung bahkan lebih memilih untuk tinggal di kampung dan berkhidmat di kampung mereka sendiri.
Selain membawa pelancong, pihak koperasi kilim turut menyediakan perkhidmatan penggunaan bot bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan serta memberi perkhidmatan secara peribadi kepada pelancong..
Antara aktiviti menarik yang terdapat dalam pakej meneroka dan menyelusuri Sungai Kilim ialah
-
Melihat burung helang/ Eagle Watching
-
Ladang Ternakan Ikan terapung / Floating Fish Farm
-
Gua Buaya / Crocodile Cave
-
Gua Langsir / Langsir Cave
-
Pulau Anak Tikus / Anak Tikus Island
Semasa lawatan etnografi di Kampung Kilim, terdapat banyak perusahaan perniagaan keluarga seperti ATV Discovery Sdn Bhd di mana pelancong boleh melawat kawasan sawah padi, sekitar kampung, hutan, ladang getah dan kawasan bakau menggunakan ATV (All- Terrain Vehicle). Selain itu, para pelancong turut dapat merasai pengalaman menyeberangi sungai untuk pergi ke lokasi air terjun. Sekiranya cuaca baik dan tiada kesan bahaya selepas hujan, para pelancong akan dibenarkan untuk beriadah di kawasan air terjun. Aktiviti lain seperti "flying fox" dan memanah juga turut disediakan.