
Sosial
Penglibatan penduduk dalam alam pekerjaan semakin meningkat hasil daripada kerjasama penduduk untuk membangunkan Kampung Kilim sehingga mendapat pengiktirafan Geoforest daripada UNESCO. Pembangunan ini melibatkan kerjasama antara penduduk kampung dan perbincangan bersama pihak atasan. Pada awalnya, persekitaran dan suasana kampung masih belum diterokai. Menerusi temubual yang dijalankan dengan seorang penduduk Kampung Kilim, beliau menyatakan bahawa kebanyakan daripada mereka bekerja di bawah eko pelancongan dengan mengendalikan perkhidmatan bot dan bas untuk membawa masuk pelancong sama ada daripada pelancong tempatan mahupun luar negara. Masyarakat Kampung Kilim juga lebih suka menjalankan perniagaan sendiri seperti membina sebuah kedai runcit yang terdapat disepanjang jalan kampung dan menjalankan aktiviti berkebun sebagai hasil mata pencarian mereka.