top of page

Budaya
Keunikan budaya bagi sesebuah negeri ataupun kampung memberi kelebihan dan tarikan bagi kampung dan negeri tersebut. Hal ini demikian kerana, dengan adanya budaya bagi sesebuah kampung tersebut akan dapat memberi pengalaman baru bagi masyarakat luar untuk mengetahui tentang budaya kampung tersebut. Kampung Kilim merupakan sebuah kampung yang mempunyai budaya dan tradisinya yang tersendiri serta terus menjadi adat dan pegangan bagi penduduk di kampung ini. Etnik dan suku kaum yang terdapat di kampung Kilim iaitu Siam, Burma dan Melayu. Percampuran etnik di kampung ini berlaku kerana melalui perkhawinan dan imigrasi pada suatu ketika dahulu. Namun begitu, kehidupan penduduk di kampung Kilim tetap bersatu dan saling membantu antara sesama.
bottom of page