Adat Perkahwinan
- Squad25 KampungKilim
- Oct 15, 2017
- 1 min read
Masyarakat Melayu sejak dahulu lagi menitik beratkan tentang adat perkahwinan, jadi masyarakat Melayu pada masa kini telah mewarisi pelbagai peraturan dan adat istiadat yang pelbagai rupa. Begitu juga adat istiadat perkahwinan yang diamalkan di kampung Kilim. Antara adat yang dimaksudkan adalah seperti merisik,meminang,bertunang,akad nikah dan bersanding. Dari segi persediaan pula, terdapat adat-adat yang berkaitan seperti berandam,berasah gigi,berkhatam Al-Quran dan berinai sehingga sampai ke kemuncak perkahwinan iaitu persandingan.

Sumber: Puan Melor, berumur 49 tahun dan menetap di Kampung Kilim.
留言