Pekerjaan & Aktiviti Seharian Penduduk Kampung Kilim
- Squad25 KampungKilim
- Oct 15, 2017
- 1 min read
Kebiasaannya, di sebelah pagi penduduk Kampung Kilim akan sibuk meluangkan waktu untuk bekerja. Antara pekerjaan yang dilakukan oleh mereka adalah sebagai nelayan, berniaga seperti menjual nasi lemak dan terlibat dengan aktiviti perlancongan. Aktiviti pada waktu petang pula, penduduk Kampung Kilim akan menjalankan aktiviti seperti melaga ayam dan bermain futsal. Aktiviti melaga ayam ini hanya dimainkan oleh kanak-kanak Kampung Kilim. Selain itu, aktiviti gotong-royong di kawasan kampung giat dilakukan dengan melibatkan golongan nelayan dan petani. Disamping itu, setiap tahun Persatuan Rukun Tetangga akan mengadakan aktiviti senamrobik yang melibatkan penduduk kampung. Aktiviti ini dijalankan dua bulan sekali di pangkalan Geoforest Park.




Comments