Kemudahan Infrastruktur
- Squad25 KampungKilim
- Oct 15, 2017
- 1 min read
Selain daripada pembangunan ekonomi, terdapat kemudahan infrastruktur yang disediakan di Kampung Kilim misalnya membangunkan sebuah sekolah. Sekolah yang ditubuhkan adalah bertujuan untuk memudahkan anak-anak penduduk Kampung Kilim menuntut ilmu. Sekolah Kebangsaan Kilim ditubuhkan pada tahun 1986 dan menerima pelajar bermula dari pra-sekolah sehingga ke darjah 6. Selain daripada pelajar yang menetap di Kampung Kilim, terdapat pelajar daripada Kampung Batu Gajah dan Sungai Itau yang bersekolah di sekolah tersebut.
Selain daripada sekolah rendah, terdapat juga sekolah menengah ,15 minit jauh dari Kampung Kilim.
Dari segi perkhidmatan pengangkutan, pelajar menggunakan van sekolah sebagai kenderaan utama untuk ke sekolah. Namun demikian, terdapat beberapa pelajar yang menggunakan kenderaan sendiri sama ada kenderaan ibu bapa atau menggunakan basikal. Menurut informasi yang diperolehi hasil daripada temubual bersama penduduk kampung, kemudahan seperti pengangkutan awam di kawasan ini adalah kurang kerana hanya bas persiaran sahaja yang disediakan untuk kemasukan pelancong.
Comments